Tips Bermain "Ice skating"


Assalammualaikum semua.
Esok Nurul akan start travel ziarah rakan-rakan Nurul di Pantai Timur, kemungkinan Nurul tak dapat meng"update" senarai peserta Segment Nurul itu. Jadi harap bersabar menanti kepulangan Nurul pada 28 januari nanti ea. huhu

Ok hari ini Nurul nak kongikan pengalaman Nurul ber "ice-skating". Lokasi yang Nurul ingin ceritakan ini bertempat di Sunway Pyramid. Bagi mereka yag berada di ibu kota, korang boleh pergi ke sunway pyramid by public transport. Dari KTM KL turun ke mana ea, boleh pakai apps google map tu. Dia akan bagi tahu nak turun stesen mana. Lepas itu korang jalan sikit (dekat sini aku follow je orang yang jalan tu). Dalam google map dia akan bagi walk map, time given around 15 minutes but seriously baik korang ambil teksi. Bayaran RM 10 macam itu je.

Bila korang dah masuk pintu utama, korang perlu jalan terus sampai jumpa suatu bulatan besar nama dia ice-ring kalau tak silap, lepas itu cuba tengok bawah. Korang akan nampak orang main ice-skating. Jadi korang perlu turun kebawah menuju ice-ring.

Bayaran ice-skating around 20 lebih rasanya. Boleh google untuk dapat maklumat harga. Nanti korang kena beli glove dan stokin. kalau dah ada stokin dan gloove, boleh jimat disini kerana harga glove dan stokin disini RM5. Lepas itu korang akan masuk gate dan ukur saiz kaki untuk cek saiz kasut dan korang boleh ber"ice-skating".

Pengalaman Nurul, seriously nurul memang tak reti main , datang pun berdua dengan kawan yang tak pernah main. masa mula-mula, nurul buat muka tak malu jalan tepi dinding sambil pegang besi untuk round 1 ring. memang nampaklah muka tak reti main. tapi enjoylah dapat beberapa round kan. dekat sini tak ada time limit. kau mainlah berapa lama nak main :)

Seterusya after 1 year, nurul datang lagi untuk main ice-skating. kali ini kawan nurul bawa adik lelaki tapi dia pun sama je tak pernah main. tapi yang bagusnya dia cepat pick-up. sekejap je dah reti main. so kami main ice-skating sambil hold tangan so nurul confident sikit nak main. 

kawan nurul jatuh ,terus trauma and malu. tapi bila nurul yg jatuh then cepat-cepat bangun. time ni dah pandai dah sikit. after that moment, bukan malu yang nurul rasa. tetapi rasa lebih confident dan terus boleh lepas tangan main sorang2 round ice-ring. serious nurul cakap. 

nak tahu tak apa tips tak nak jatuh dan confident? tips dia ialah jangan takut untuk jatuh.
jika kau takut jatuh, kau tidak akan mencuba.
bila kau tak mencuba, how kau nak bangkit and bergerak?
seronok bila kau dah reti main. tapi masih belajar dan tak lah hebat mana. 

so kesimpulannya, 

jangan takut untuk gagal.
gagal itu yang mengajar kita untuk kuat dan berani.
believe me :)


2 comments:

  1. Assalamualaikum Nurul,

    Cerita tentang ice skating, ramai sekarang tertumpu di IOI Mall Putrajaya..
    Di Sunway Pyramid pun meriah banyak dianjurkan pertandingan ice skating antarabangsa.. Teringin jugak berice-skating suatu hari nanti.. hehehe

    Thank you for sharing this tips..

    ReplyDelete

Powered by Blogger.