Quote 1


Sesuatu perkara yang mana ia amat mengerikan.
Sesuatu yang kau tak sanggup hendak bayangkan.
Kadang kau hanya abaikan untuk merasa sedikit kebahagian.
Kadang kau harus memikirkan untuk berwas pada.

Aku tidak tahu mana jalan yang harus aku pilih.
Mana langkah yang harus aku mulakan.
Mana niat yang hendak ku dahulukan.
Sakit atau luka ini aku abaikan,
fikiran merapu ini aku letak dalam-dalam.
hingga sakit dihati yang kurasakan.

Ku yakin aku perlu melangkah untuk melihat cahaya.
Dduduk diam disini tidak menjanjikan apa-apa.
Bukalah sedikit ruang, carilah dalam-dalam.
Ikatkan dengan rapi, atau kau genggam hingga tangan mu kebas memikul.

Satu yang perlu kau ingat,
janji yang dilafaskan mungkin benar mungkin tidak.
tetapi berjanjilah pada diri sendiri untuk tidak melafaskan janji andai niat dihati tidak seperti yang dijanjikan.
Biarlah manusia berkata-kata, hanya kau yang perlu kuat menghadap manusia yang pelbagai rupa.

Wahai diri,
Tuhan telah menjadikan mu sebaik rupa,
hati, akal ,fizikal mu bukan untuk perkara sia-sia.
gunakan ia sebaik mungkin demi kebaikan,
kerana janji yang tidak akan dimungkiri ialah janji Allah, Tuhan sekalian alam.

1 comment:

Powered by Blogger.