Kekal terus begini

Emosi ini selalu bermain didalam hidup ku,
menganggu aku lalu aku terus menerus berfikir.
aku merasakan suatu tekanan.
adakah aku gila?
adakah aku kurang waras?
atau aku hanya ada suatu penyakit?
iaitu hati.

aku merasakan suatu penyesalan kerana memulakan sesuatu,
yang mana ia menyakitkan diriku.
cukuplah,
cukuplah,
cukuplah ini kali yang terakhir.

biar aku diam begini.
biar aku terus menyendiri.
kerana aku telah lali dengan semua ini.
mereka yang datang pasti akan pergi,
buat aku tidak mahu mengenali lagi.

kau tahu untuk datang.
kau pun tahu untuk pergi.
tapi aku tak mengerti kenapa perlu kembali?
apa yang engkau mahu.

Biar aku terus begini.
aku tidak akan bertindak apa-apa,
kerana aku tahu ia akan berulang kembali.
aku harus kuat.
harus tabah.
kerana aku tak mahu mengenali manusia yang hanya tahu datang bila perlu dan pergi bila tak ingin.

Wahai diri yang sering kali terluka.
KEKAL TERUS BEGINI.

No comments:

Powered by Blogger.